Tak tahulah kenapa dalam bulan nie badan raser cepat penat. Last week my neck bengkak. 1st doctor said muscle problem. After 4 day makan ubat, bengkak tak surut pun.
Then I back to Melaka on Friday night (8.08.08) to attend my friend weeding. I meet doctor for 2nd time at Melaka nearby my mother in law house. Doctor’s said, probably my kalenjar problem. Doctor’s give me antibiotic, ubat tahan sakit and ubat bengkak. If still tak hilang, I need to see pakar (takutnyer) and do blood test. Probably tiroid. Alhamdunillah bengkak dah surut , tapi badan still raser lemah. I am interested to know what is tiroid?
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
*Perempuan
*Genetik
*Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
*Usia lebih 60 tahun
*Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
1)hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan) yang mempunyai simtom hyperaktif, kurus walaupun selera yang bagus, sentiasa panas/berpeluh, gatal, berdebar , menggeletar, sering buang air besar dan kitaran haid yang jarang.
2)hypothyroidism (hormon thyroxine berkurangan) mempunyai tanda sebaliknya iaitu gemuk dan kurang aktif, depressi, sembelit, sentiasa kesejukkan, suara parau dan kitaran haid yang kerap. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor dengan sempurna.
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa.
Antara penyebab penyakit ini ialah:
Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
*Bengkak di leher
*Cirit birit
*Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
*Gementar dan gelisah, terketar-ketar
*Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
*Kesuburan turun
*Penumpuan kurang
*Mata menjadi besar (bulging)
*Angin yang tidak menentu
*Kejang otot
*Oesteoporosis (kereputan tulang)
*Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
*Suhu badan naik, tak tahan panas
*Rambut tidak kuat
*Sukar bernafas
*Sukar tidur
*Tekanan darah naik
*Turun berat badan walaupun selera naik
*Lemah
*Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.
Penyakit tiroid semasa mengandung
Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.
Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment