Hari nie aku work from home (WFH). So sambil buat kerjer sempatlah buat kerjer rumah aper yang patut. Aqilah pun malas gie tadika cam mama dier malas nak gie opis (teruk betul aku nie). Setiap kali aku kuar umah sidai kain, org gaji jiran sebelah umah aku nie sure kuar, pastu nanggis2.
Aku:Kenapa nie
****:Saya rasa mau lari bu, Kali nie memag udah tak tahan
Aku:Sabar, nie kes aper plak
****: Bapak sama ibu tuduh saya curi duit dan gelang. Sumpah demi Allah saya tak ambil bu. Nangis aku cakap sama bapak dan ibu tapi tak percaya. Wang gajiku di kasi potong.
Aku: Banyak ker?
****: 2 kali gaji aku, dalam 800 ratus.
Aku: Sabarlah (Sebenornyer tak tahu nak cakap aper hehe).**** dah nangis beria dah
****: Udah wang gaji aku tak pernah dikasi, anak aku mati tak dikasi pulang, aku pula dituduh mencuri. Ya Allah.
Aku sebenarnyer serba salah. Apa yang patut aku buat. Mungkin **** mencuri atau tidak. Yerlah manusia, tangan buat lain, mulut cakap lain. Tapi aku tahu **** budak baik. Aku simpati atas pederitaan yang dialami. Tujuan ***** dtg m'sia nak cari rezeki yang halal untuk anak setelah kemation suami. Yang paling sedih suami dier mati masa dier dalam pantang. Cuber you all bayangkan bertapa sedihnyer hati seorang isteri and ibu, gembira dapat anak tapi suami pulak meninggal. 3 bulan **** tak bercakap dengan sesiapa dikampung(org sumatra)seperti mayat hidup. Lalu **** ambil keputusan datang m'sia untuk mencari nafkah untuk anaknyer.
Selama 8 bulan di m'sia, gaji tak pernah dapat, telefon kekampung bertanya khabar pun tak boleh inikan pula hantar wang . Setiap hari **** mengadu dier rindu sangat pada anaknyer. Sehingga suatu malam dier mimpi anak nyer mati. sedar2 jam menunjukkan 3am. Terus dier tak boleh tidur. Pagi esoknyer dier menangis mendesak tok menelefon ke kampung.
Dapat saja telefon ke kampung dan bercakap dgn ibu nyer, **** terus meraung,
"Ya Allah Ya Tuhan aku anak aku sakit. Ya Allah Ya Tuhan ku ampun kan Mama tinggalkan Ari. Mama mintak maaf nak, mama nak cari rezeki. (Masa tur aku ngan myhubby ader kat umah and we all dengar **** menangis).
Then aku pun keluar lah(Bukan nak menyibuk tapi aku tahu ader perkara yang dier nak share ngan aku).
Aku: Kenapa nie ?
****: Anak aku sakit bu.
Aku: Dah bawa hospital
****: Sudah bu, tapi rumah sakit suruh pulang. Penyakit Ari ganjil. Tak boleh diobati.
Aku: Sakit aper?
****: Ibuku tak mau kasi tau. Cuma dier bilang usah risau. Tapi aku dengar ramai orang dirumah ku. Mak mertua ku pun ader. Di makinyer aku. Katanya aku pergi m'sia tinggalkan anak sebab nak kawin lain. Astagfirullah aku cakap. Kenapa orang sangka buruk kat aku.
Aku: Sabarlah, doa pada tuhan banyak2.
****: Aku mahu pulang lihat anak ku. Hati ku bimbang. Aku mimpi suamiku, dier marah sama saya.
Start daripada hari tur, setiap sms yang dier dapat dier suruh aku bukakan sebab dier tak tahu. Telepon tur boleh call in jer. Kalau majikan balik jgn harap ler.
2 hari selepas itu
****: Bu anak ku sudah tak ader bu
Aku: Inalillahiwainnailaihirojiun
****: rupanyer masaku tepon dua ari lepas. Anakku sudah meninggal tapi tak dikasi tahu.
Aku: Majikan kamu tahu?
****: Tahu tapi tak dikasi tahu sama aku. Kejam betul mereke ini. Tak guna bertudung litup, tapi tak ader hati perut. Buat aper saya kerja bu, anak pun dah tak ada, suami pun dah taka ada. Ibuku dikampung tak mahu duit ku. Dier cukup makan katanya.
Aku: Mintak lah pulang sekejap.
****: Aku dah merayu bu, tapi tak dikasinyer. Tunggu kontrak ku habis 2 tahun. Menyesal aku bu. menyesal. Aku ingat penat bekerja cari duit, nanti balik nak bahagiakan anak. Ini apa yang aku ada bu (sambil menangis teresak2. Anak ku sudah tentunyer dgn papanya di alam lain, aku disini menderita).
Begitulah kisahnyer. Aper yang patut aku buat, kesian aku tengok. Setiap hari kalau nampak kapal terbang lalu jer menangis. Aper yang aku patut buat? Biarkan?
2 comments:
macam2 hal ye maid sekarang.. member aku baru je hantar pulang maid dia sebab mulut macam jamban.. pastu pandai main wayang..
jiran ko tu gila kot.. tp kalau korang masuk campur boleh bikin gaduh.. nasihat apa yg patut je la jen..
Turlah, ader maid pun susah. Dah lah bayou mahal. We all malas nak masuk campur, yerlah kang dier cakap jaga tepi pintu pulak hehehehe. Tapi kesian lah.
Post a Comment