Remember to

Friday, January 30, 2009

Walaupun perit pasti ader kesudahan dan hikmahnyer

Itulah yang aku raser dan aku harapkan. Terasa teramat seksa untuk harungi permulaan hidup 2009. Pembukaan tahun 2009 yang memeritkan kerana menanggung alahan dan amat mengembirakan akan rezeki tuhan dan kurniaan -NYA. Insyaallah walaupun perit ku harungi jua. Bukan hanya aku sorang ku anggap bakal ibu yang lain pun begitu jugak.

Setelah 3 minggu bekerja dari umah, minggu nie aku terpaksa pergi opis untuk siapkan year end review. Alhamdunillah mungkin anak ku mengerti dan turut membantu memberi semangat dan kekuatan. Alhamdunillah sudah 4 hari berturut aku berjaya menghadirkan diri ke opis.
Pengalaman mengandung kali ini tak seperti mengandungkan Aqilah. Baru 2 bulan, satu badan terasa lenguh dan sakit terutama kaki. Susah nak tidur malam. Kerap kali terasa sakit perut. Pening kepala sampai tak boleh bangun. Sakit pinggang. Sakit gigi.

19 January 2009, aku telah ditahan di wad Hospital Serdang selama 4 hari sebab "Hyperemesis". Ohh tidak 4 hari yang membosankan dan menyakitkan.
Bila terbaca kisah ibu-ibu yang kehilangan anak, terasa shahdu rasernyer.Bertapa seksa mengandung dan melahirkan. Tapi semua Allah punya kuasa.

Yang aku harapkan, berikanlah aku kekuatan YA ALLAH. Hanya pada MU aku memohon petunjuk and kurniakanlah aku kekuatan. AMIN.

1 comment:

Puteri Satu said...

salam kenal dari akak...anak kita senama...anak akak nama Aqilah Najla....salam kenal ye dari akak...