Boring tak tau nak pergi mana kat Cameron. So gie bawak Aqilah jenjalan
Aqilah tumbok cili
Aqilah kesejukan
Hari pertama puasa sambut kat Cameron Highlands.
Hari kedua puasa sempatlah bersahur kat Cameron, then nak balik Kl pagi nyer sebab kerjer kol 3.00pm. Bertolak dari Cameron kol 11.00am sampai KL 2.30PM. Disebabkan penat duduk, so call my boss “Just want to inform you that I work from home today”.Sambil buat kerjer sambil masak, kemas umah, basuh baju (kat Cameron hujan, kalau basuh pun tak kering) dan sempatlah terlelap 20 minute nak hilangkan penat. Bukak jer email ha ambik ko 2,000 inbox. Mak ai, macam nie satu ari kerjer baca and reply mail jer lah. Baru cuti ari isnin jer email dah banyak kalau cuti seminggu camna lah agak nyer. Yang tak best nyer team buat silap aku kena menjawap. Lepas buka, tiba2 telefon bebunyi (Ring tone: Alicia keys No one)
Aku: Hello, ha Ina
Ina: Akak, ader tak sesiapa telefon, su ker, abg Zaha ker?
Aku: Tak der
Ina : Nie nak kasi tau nie Atuk Kelantan meninggal masa nak berbuka tadi.
Aku: Innalillahiwainailaihirogiun (al-fatihah), habis camana mak dah tahu ker blum? Ko balik tak? Aku baru jer sampai kl petang tadi.
Ina: Abah ngan mak tak dpat tipon, tak ader org angkat
Aku: Terawih lah tur
Ina: Camana nak kasi tau abah kak? Dier kan ader lemah jantung. Kang lain lak jadinyer.
Aku: Hmmm, mintak tolong cik No sampaikan kalau aper2 jadi at least dier tau aper nak buat.
Aku: Abg Zahaa balik tak?
Ina: tak kot, jauh lah Sabah tur. Aku nak drive naik Cameron aku takut malam2 nie.
Aku; Ko siap , nanti abg Yan balik sembahyang aku ambik ko kat umah (bidor).
Memang memenatkan, we all sampai Cameron pukul 3.00 pagi. Rehat jap, then pukul 4.00pagi bertolak ke Jeli.
Hari Ketiga Ramadhan, Sampai jer kat Jeli pukol 8.00pagi. penat nyer Tuhan jer yang tahu. Alhamdunillah semuanyer selesai sebelum Zohor. Jam 2.30pm we all bertolak balik ker Cameron.
Hari Keempat Ramadhan, rehat sehari kat Cameron setelah penat duduk dalam keter. Malam pergi keluar makan tosei kat restoran Kumar(Tak sedap pun, masam sangat)
Hari Kelima Ramadhan we all back to KL. Biasalah lah, sampai umah kol 3.00pm then terus kerjer (Work from home again). Wa nie lagi dasyat inbox 3,000 ribu. Dahlah pening kepala tetiba ader pulak issue development system down. Masa nak bukak puasa pulak tur. Sabar jerlah.
Hari KetujuhRamadhan Pasang lampu raya keliling umah. Lampu beli kat Giant kinrara.
Hari Ke-10 Ramadhan- Happy birthday my hubby.
Hari ke-13 Ramadhan- Road tax and insurans keter mampus, melayang dekat 2 ribu (pokai rayer tahun nie). Sebelum road tax mati tengah malam nie, aperlagi roda lah.Dari Puchong ker Kota Damansara semata nak beli mercun. Akhirnnyer jumpa jugak. Dimana biarlah rahsia....(nanti sian pulak mamat tur kena tangkap polis)
Hari ke -15 Ramadhan - Work from Home again and nak pergi pasar borong jap lagi sebab beras dah nak abih(eheheheh),
1 comment:
huhuhu...jen!! ingat aku lagik dak??aku ni mimi...geng2 salmi dulu...ntah cemana aku lompat sana sini terjumpa blog ko...free2 singgahla blog aku kat http://ladymistz.blogspot.com
Post a Comment