Remember to

Wednesday, September 7, 2011

Tip penjagaan gigi untuk braces/pendakap gigi


Bila dah pakai braces nie, kena lah jaga kebersihan gigi. Boleh jer nak pakai berus gigi biasa tapi adalah amat susah nak berus kat celah2 besi tur. So kenalah tambah satu lagi aksesori berus gigi.
Ini adalah berus gigi yang dipanggil Interdental Brush. Ianya boleh didapati di Watson or Guardian or di klinik gigi anda sendiri. Berus kecik memang kena and no worries refill memang senang dapat. Biasalh kena lah tambah $$$. Biasalah kan nak elok, sihat dan cantik kena lah spend masa lebih sikit.
Ini adalah refill pack. Jens beli kat guardian jer. Nampak tak pelekat oren tur " GUARDIAN" . Berus oren yang tengah2 tur jens bawak gie opis and travel. So tak payah lah nak bawak berus gigi yang panjang kat atas. Tak muat pulak beg make -up.

Bila dah pakai braces nie , everytime lepas makan memang kena gosok gigi especially kat celah2 besi. Kalu tak memang tak selesa. Jens raser gigi sentiasa bergoyong and ader der ruang antara gigi. Sometimes raser sakit macam gigi berlubang. Makan pun tak boleh lah nak makan yang keras2. Nanti tak pasal2 besi tertanggal. So kena sendiri pandai2 lah kalau nak makan makanan yang keras. So harap2 nyer bolehlah membantu misi jens nak kuruskan badan.

Raya 2011

Hari raya , hari yang mulia sungguh bererti kepada kita. Tua muda miskin dan kaya menyambutnya dengan gembira. ..Apa lah yang jens merapu nie, tapi adakah anda masih ingat lagu nie for iklan raya aper?....Tunggu ..nanti jens bagi tau aaa

For this year we celebrate our raya festive dekat Melaka sampai raya -3. Nasib baiklah ader satu gambar kat bawah nie for kenangan. My MIL house orang datang tak renti2 ok. We all nak berjalan pun tak berkesempatan. For this year baju the gegirls of course same but for papa you can wear any colour that suite with us. Daripada nak cari colour hijau terquise(maaf yer kalau salah ejaan) last2 pakai jer colour "Purple". Janji masuk.

This picture taken at melaka. Look like me dah kurus. Tapi dalam gambor lah.
Gambar nie masa malam raya. Sementara nak tunggu org masjid datang takbir kat umah.

Haa nak tau jawapan nyer? ...Iklan raya Eon ....dah lama gila tapi best. Kalau lah TV3 boleh ulang balik kan best.

Selamat Hari Raya to All of U.





Thursday, August 18, 2011

Bila terlalu banyak pikir

Recently kepala selalu pusing. Terlalu banyak pusing and nak wat ker jer pun tak der mood. Almaklumlah dah tender resign memang aa otak dah set malas nak buat kerjer. Nie baru tengah hari hati dah ingat nak balik. Jens raser I need powerfull words to rebuild my spirit of works.

The most important is focus..focus.... But bila focus sangat pun tak leh jugak berpinau kepala hotak. Kang berfacebook tak reti nak berenti. I notice that , the way for me to release it via writting my feeling to blog or something like dalam buku ker. Then it really help me to reduce suhu kepala otak. Apalah yang ko mengarut nie. I found this artikel "25 Tips to Become More Productive and happy at work" -http://lifelearningtoday.com/2007/08/23/25-tips-to-become-more-productive-and-happy-at-work/

Point yang menarik perhatian :


1.Planning. Establish a routine of planning your week and your day. This will allow you to have your most productive week all the time. Start your day an extra 15 minutes early to do this planning everyday. Write down the top 1-3 important things you must do that day. And most importantly, set and reach your Goals! Use the power of intention to get there! (This is what adds jazz to your life! And focusing on your future helps you get through challenging times.)

2. Take Breaks. It’s a fact that taking breaks will increase productivity. It’s been proven in studies. If you need to, find someone to help ensure you take a morning and afternoon break.


Wednesday, August 17, 2011

How to choose colour of your braces



Terjumpa apllication untuk match kan colour aper nak pakai kat braces. Bagus jugak so kepada sesiapa yang pakai braces bolehlah pilih dulu before pegi buat appointment. can click the following link




The screen will be as below




Seperti tak percaya tapi kenyataan nyer


Setelah 17 hari berpose - 7 hari tinggal maka hasilnyer berat aku turun sebelum pose 56.7kg tur 55.4 kg.


Ha nie lah buktinyer
Alkisahnyer, memang hasrat nak menurunkan berat badan nie memang teramat lama. After bersalin Nina August 2009 lagi. Plaing -paling berat boleh turun pun ke angka 61kg from 63kg. Start from October 2010 aku start active bersukan with friends and sometime play badminton with my hubby. endup turn to 58kg. Tur pun seksa. tapi hikmahnyer banyak,

1. Jens tau main squash
2. i'm really enjoy my self bererobik. Nie dah lama dah tak pergi maybe will start after raya.
3. Makan makan yang less colestrol and ambik high protien. Makan mesti kena makan sebab i'm still breasfeeding.
4. Jens suka main badminton

Semalam bila timbang berat dah tukar ke nombor 55.4kg, fuhhh akhirnyer berjaya after almost 1 year try . Tetiba terpikir, mana tau kalau timbang yang rosak. Tak per balik nanti aku cuber lagi. My next target adalah 50 kg ok. Kalau boleh kembali berat badan masa zaman anak dara dulu 46kg kan best. Jens doing this for kesihatan not for cantik jer. For me cantik is too subjecktive. Kecantikan sejati adalah datang dari hati yang bersih.













Tuesday, August 16, 2011

Cerita Pendakap Gigi (Braces) dan Cabut gigi


10 August 2011 bersamaan ramadhan hari ke sepuluh adalah tarikh keramat bagi jens. Bukan nyer apa, tak der penyakit cari sakit. Walau macamana pun kali nie nekad nak pakai jugak setelah sekian lama ku pendamkan. Sengsara nyer bila kena cabut gigi

Sorry kalau picca nie menjijikkan, but jens nak tengok progres, so consider blog nie my reporting tools aaa..


Kenapa perlu cabut gigi sebelum pakai braces
selalunya disebabkan oleh

-crowding ( gigi berlapis ),

-anterior proclination ( jongang ),

-spacing, irregularly placement of teeth,

-bite correction, midline correction dan soft tissue profile.


For me semua yang di mention ader kat jens punya gigi condition. Fuhhh merana sekali kena cabut 6 batang termasuk gig graham bongsu. I can say it took me almost a year untuk cabut gigi nie phase by phase. Tapi kali nie jens nekad mesti kena pakai jugak. I am wasting banyak masa. Dah lah nak bukak braces paling kurang pun 1 year. I think for my condition may be 2 years gamaknyer lah.

Whateverlah, semoga tabah menghadapi kesakitan ......now I can't smile to wide but I still can talk.








Pendakap Gigi (Braces)

Ader yang cakap tak boleh ader yang cakap boleh. Yang penting nawaitu tur aper. Tapi tak salah kalau kiter analysis fakta mengenai hukum memakai pendakap gigi. So Jens nak share infor yang jens dapat. Sharing is caring and hope the information is usefull and helpfull kepada sesiapa yang ader memasang niat nak pakai braces. The answers " BOLEH OK".....penjelasan adalah seperti di bawah

Adakah umat Islam boleh mengunakan rawatan pendakap gigi untuk meluruskan gigi bagi tujuan untuk kecantikan?
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Riwayat Thabarani)
Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada lelaki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.
Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, iaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, iaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.
Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style’ mereka kepada merapatkan gigi menggunakan
‘braces’ yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Manakala jika ia dilakukan bagi inidividu yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.
Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita juga dapat mengetahui mengenai hukum pembedahan kecantikan (plastic surgery) seperti yang terkenal sekarang yang hanya bertujuan memenuhi kepuasan diri serta nafsu dengan meniru budaya Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai orang yang mengorbankan wang beribu-ribu ringgit untuk mengubah bentuk hidung, payudara, kulit dan lain-lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyeksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah S.W.T tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.
Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : “Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud,
“perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik”. Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan. (Syarah Sahih Muslim-Kitab al-Libas Wa-al-Zinah ).
Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.
Nabi S.A.W bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan di dalam hadith di atas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.



Wednesday, June 29, 2011

Totally No Mood at All

Tak der mood nak kerjer tapi kerjer punyalah belambak yang perlu disiapkan. Tak tau nak start yang mana satu tapi semuanyer perlu disiapkan. Adakah aku terlalu banyak fikirkan masalah? masalah aper yerk?...hmmm biarlah rahsia. Focus focus focus.

The purpose of life is a life of purpose. ~Robert Byrne

I arise in the morning torn between a desire to improve the world and a desire to enjoy the world. This makes it hard to plan the day. ~Elwyn Brooks White

Life is simple, it's just not easy. ~Author Unknown


Ok , jens start your engine and do your work.....zoooommmm

Monday, June 27, 2011

I LoVe YoU

Anak anak dah tidur, as usual it is a time for me to continue saki baki kerjer yang tak siap di opis. Raser pelik jugak, setiap hari balik umah lambat but still ader jer kerjer yang tak siap. Sambil nak mencari mood nak buat kerje, biasalah bukak facebook dulu, baca blog dulu, layan lagu kat you tube jap and terbuka satu directory "PICTURE". And I found this 2 picca hasil imaginasi Aqilah. Nothing much that I can say, I LOVE YOU TOO.




Thursday, June 16, 2011

We LoVe Daddy

Malam papa kerjer siang mama kerjer. so bila nak tidor memang susah sebab masing2 rindu landing atas poyot papa and bau ketiak papa yang masam . Berebut2 kami 3 beranak tapi mama jugak yang tak dapat. Walaupun tak dapat i'm happy that we (mama , aqilah and nina) loves benda yang sama. Papa nie macam OREO lah. Kejap ader kejap tak der. Let we celebrate with OREO this weekend. Below is the details


With only 3 simple step you will get FREE t-shirt and don't forget dapatkan bukti pembelian minimum RM10 untuk claim the oreo daddy dunk t-shirt

Let go and jangan lupa to register HERE

Nothing much because we only say that "We are happy to be with you PAPA".