Remember to

Thursday, August 18, 2011

Bila terlalu banyak pikir

Recently kepala selalu pusing. Terlalu banyak pusing and nak wat ker jer pun tak der mood. Almaklumlah dah tender resign memang aa otak dah set malas nak buat kerjer. Nie baru tengah hari hati dah ingat nak balik. Jens raser I need powerfull words to rebuild my spirit of works.

The most important is focus..focus.... But bila focus sangat pun tak leh jugak berpinau kepala hotak. Kang berfacebook tak reti nak berenti. I notice that , the way for me to release it via writting my feeling to blog or something like dalam buku ker. Then it really help me to reduce suhu kepala otak. Apalah yang ko mengarut nie. I found this artikel "25 Tips to Become More Productive and happy at work" -http://lifelearningtoday.com/2007/08/23/25-tips-to-become-more-productive-and-happy-at-work/

Point yang menarik perhatian :


1.Planning. Establish a routine of planning your week and your day. This will allow you to have your most productive week all the time. Start your day an extra 15 minutes early to do this planning everyday. Write down the top 1-3 important things you must do that day. And most importantly, set and reach your Goals! Use the power of intention to get there! (This is what adds jazz to your life! And focusing on your future helps you get through challenging times.)

2. Take Breaks. It’s a fact that taking breaks will increase productivity. It’s been proven in studies. If you need to, find someone to help ensure you take a morning and afternoon break.


Wednesday, August 17, 2011

How to choose colour of your braces



Terjumpa apllication untuk match kan colour aper nak pakai kat braces. Bagus jugak so kepada sesiapa yang pakai braces bolehlah pilih dulu before pegi buat appointment. can click the following link




The screen will be as below




Seperti tak percaya tapi kenyataan nyer


Setelah 17 hari berpose - 7 hari tinggal maka hasilnyer berat aku turun sebelum pose 56.7kg tur 55.4 kg.


Ha nie lah buktinyer
Alkisahnyer, memang hasrat nak menurunkan berat badan nie memang teramat lama. After bersalin Nina August 2009 lagi. Plaing -paling berat boleh turun pun ke angka 61kg from 63kg. Start from October 2010 aku start active bersukan with friends and sometime play badminton with my hubby. endup turn to 58kg. Tur pun seksa. tapi hikmahnyer banyak,

1. Jens tau main squash
2. i'm really enjoy my self bererobik. Nie dah lama dah tak pergi maybe will start after raya.
3. Makan makan yang less colestrol and ambik high protien. Makan mesti kena makan sebab i'm still breasfeeding.
4. Jens suka main badminton

Semalam bila timbang berat dah tukar ke nombor 55.4kg, fuhhh akhirnyer berjaya after almost 1 year try . Tetiba terpikir, mana tau kalau timbang yang rosak. Tak per balik nanti aku cuber lagi. My next target adalah 50 kg ok. Kalau boleh kembali berat badan masa zaman anak dara dulu 46kg kan best. Jens doing this for kesihatan not for cantik jer. For me cantik is too subjecktive. Kecantikan sejati adalah datang dari hati yang bersih.













Tuesday, August 16, 2011

Cerita Pendakap Gigi (Braces) dan Cabut gigi


10 August 2011 bersamaan ramadhan hari ke sepuluh adalah tarikh keramat bagi jens. Bukan nyer apa, tak der penyakit cari sakit. Walau macamana pun kali nie nekad nak pakai jugak setelah sekian lama ku pendamkan. Sengsara nyer bila kena cabut gigi

Sorry kalau picca nie menjijikkan, but jens nak tengok progres, so consider blog nie my reporting tools aaa..


Kenapa perlu cabut gigi sebelum pakai braces
selalunya disebabkan oleh

-crowding ( gigi berlapis ),

-anterior proclination ( jongang ),

-spacing, irregularly placement of teeth,

-bite correction, midline correction dan soft tissue profile.


For me semua yang di mention ader kat jens punya gigi condition. Fuhhh merana sekali kena cabut 6 batang termasuk gig graham bongsu. I can say it took me almost a year untuk cabut gigi nie phase by phase. Tapi kali nie jens nekad mesti kena pakai jugak. I am wasting banyak masa. Dah lah nak bukak braces paling kurang pun 1 year. I think for my condition may be 2 years gamaknyer lah.

Whateverlah, semoga tabah menghadapi kesakitan ......now I can't smile to wide but I still can talk.








Pendakap Gigi (Braces)

Ader yang cakap tak boleh ader yang cakap boleh. Yang penting nawaitu tur aper. Tapi tak salah kalau kiter analysis fakta mengenai hukum memakai pendakap gigi. So Jens nak share infor yang jens dapat. Sharing is caring and hope the information is usefull and helpfull kepada sesiapa yang ader memasang niat nak pakai braces. The answers " BOLEH OK".....penjelasan adalah seperti di bawah

Adakah umat Islam boleh mengunakan rawatan pendakap gigi untuk meluruskan gigi bagi tujuan untuk kecantikan?
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Riwayat Thabarani)
Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada lelaki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.
Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, iaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, iaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.
Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style’ mereka kepada merapatkan gigi menggunakan
‘braces’ yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Manakala jika ia dilakukan bagi inidividu yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.
Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita juga dapat mengetahui mengenai hukum pembedahan kecantikan (plastic surgery) seperti yang terkenal sekarang yang hanya bertujuan memenuhi kepuasan diri serta nafsu dengan meniru budaya Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai orang yang mengorbankan wang beribu-ribu ringgit untuk mengubah bentuk hidung, payudara, kulit dan lain-lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyeksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah S.W.T tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.
Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : “Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud,
“perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik”. Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan. (Syarah Sahih Muslim-Kitab al-Libas Wa-al-Zinah ).
Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.
Nabi S.A.W bersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan di dalam hadith di atas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.