Remember to

Friday, September 26, 2008

Balik Kampung

Hai nie before balik kampung kena settlekan semua pending issue and handover.
Yang paling penting settlekan semer bil2, duit umah, keter, tadika Aqilah and aper2 yang wajib di bayar.Maybe we all balik kampung malam ahad nie ataupun awal sehari or lewat sehari.Yerlah sebelum balik tur kena lah kemas rumah and cuci aper yang belum dicuci and lipat aper yang belum dilipat(hehehehe). Nanti lepas rayer saper yang penat, aku jugak.

Ok lah, berhati2 dalam perjalan pulang especially untuk diri sendiri Biar laju asal selamat (heheheh).

Thursday, September 25, 2008

Hadiah Rayer untuk Semua

Takkan seposen jer? Heheheh. Apapun alhamdunillah.

Salam Aidilfitri buat Semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dari Kami Sekeluarga:
Zainab, Zakian & Irdina Qistina Aqilah

Raya kat mana? @25 Ramadhan

Sekarang kepala ingat nak balik kampung jer. Malangnyer hari nie datang opis jer terus ader connection problem to saprouter. Dulu masa kecik siap membilang hari bila nak balik kampung, especially kalau balik sebelah mak kat tapah. Yerlah kecik2 tur manja dgn atuk, diam tak diam dah 17 tahun arwah meninggal. Tapi I always terbayangkan arwah. Kekadang kalau rindu sangat sure mimpi. Atuk sebelah abah tak berapa rapat sangat sebab we all jarang balik Kelantan masa raya. Tapi tahun nie, puasa kedua atuk (sebelah abah) meninggal masa nak berbuka puasa.

Balik mana raya tahun nie?
Kalau ikut giliran rayer tahun nie rumah aku dulu then baru balik Melaka. Raya pertama mungkin balik Tapah lepas sembahyang Raya. Rayer kedua Su nak buat kenduri arwah atuk kat Kelantan. So rayer kedua confirm kat Jeli Kelantan. Rayer ketiga balik Cameron and balik Melaka raya ker 4 meaning on Saturday. Turlah aper yang telah dirancangkan. Aduh aku rasa banyal rayer atas jalan dari melawat sedara. Minyak turun seposen jer ari nie. Keter aku full tank lebih kurang 16+.00. Duit minyak jer dah berapa.
Liza, syarox and kak long, tak tahulah samada sempat ker tak jumpa korang. Tapi rindu sangat kat korang. Su, kalau ko balik Melaka nanti kiter jumpa kat sana ok.

Budget Rayer?
Duit rayer tur semestinyer. Tapi biasanyer ari raya budget banyak pergi kat minyak keter, servis sebab dari kl ker cameron then pergi kelantan, balik cameron balik then terus Melaka. Dah sampai Melaka mungkin ke Johor rumah sedara belah Yan. Utara selatan semer cukup.Road tax keter pulak mati masa puasa ari tur. Pepaham jerlah kalau cc 2.o berapa road taxnyer.

Baju Rayer?
Tema tahun nie purple. Aqilah nyer baju kurung jahit sendiri jer. Anak dara nie tak suka sangat pakai baju kurung. Tapi tahun nie no komen. Tahun nie ader sepasang jer sebab malas nak beli banyak. Pergi kerjer pun pakai jeans n tshirt jer. In average dalam 3 bulan tak pakai pun baju kurung kecuali ader kenduri kahwin.

What we do this week?
This week kerjer morning shift from 7:00 to 3:00pm. Tapi selalu balik around 5:00pm, biasalah banyak sangat issue this couple of day. Aqilah biasalah pagi hantar pergi tadika then malam main bunga api. Papa pulak this ramadhan banyak lepak kat umah sebab project semer start lepas rayer. Kekadang tur aderlah Astro panggil buat editing for rancangan rayer. Papa nie hidup dier lagi ceria dgn muzik. Kalau dapat main muzik happy semacam jer, macam irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Kalau itu minat dier, go ahead pa. Tapi kalau dah involved dengan dunia glamour nie jgn luper diri pulak. Yerlah asyik travell jer. Aqilah pun dah tunjukkan minat dalam instrument muzik especially piano and gitar. Paling nampak ketara menyanyi, dier tahu ikut irama and tahu bila masa nak nyanyi. Yang paling terkejut, lagu rock macam I want out, boney m, Dr stein, tokyo semer dier hapal. Rock kapak betul anak aku macam papa dier. Kalau artis malaysia nie she like lagu yang rancak and mula lah tergedik2 menari.

Gambar nie diambil masa we all buat terapi pakai ikan.
Aqilah nie pun sibuk nak celup kaki dalam air.
Main bunga api depan umah
Sebelah tur umah kosong, sebab tur ader lalang. Itupun papa baru tebas last week.
Abih lah pokok bunga kertas mama yang segan nak berbunga. Baja bunga dah memacam letak tapi hasilnyer hampeh.

Tuesday, September 23, 2008

Penyanyi, pelakon and ....@ 23 Ramadhan

This week banyak kerjer yang nak settle before cuti rayer. Fuhh time nak cuti nielah macam2 isu jadi macam tak kasi cuti. Btw, I need to make sure all my work done and update my anak buah buah and do proper handover. Kalau ikutkan hati hari nie kepala pening ya amat. Nak jer work from home, tapi apa kan daya email melambak waiting my reply. Baru target this week nak siapkan baju kurung Aqilah lagi sepasang. Alamat kalau tak sempat terpaksalah angkut mesin jahit balik kampung.

Good news was congrate to my friend Liza for her new born baby Eilhan. Dah 3 dah hero ko Liza. Hope you getting well.

Another news for today, Astro nak screen test Aqilah for new rancangan kanak2 owned by Aznil Hj Nawawi. Hari tur Yusof Haslam offer Aqilah tapi we all tolak. Nie disebabkan Aqilah minat sangat tom tombak and work together with Aznil so just go ahead, if dier boleh tur rezeki Aqilah.
Kalau lah berjaya meaning Papa and Aqilah jadi artis Papa as vocalis krong and sound man and Aqilah as pelakon .....hehehe boleh lah lantik mama jadi manager nanti...ok tak pa?

Thursday, September 18, 2008

Skandal Susu Bayi Melamine di China Kian Menggemparkan

Sure all of you read about this news. Wow amat mengerunkan.

"Menteri Kesehatan China sebelumnya mengatakan bahwa sejauh ini sudah 6.244 bayi yang jatuh sakit setelah meminum susu formula terkontaminasi melamine. Tiga bayi lainnya meninggal akibat susu berbahaya itu. Melamine merupakan zat kimia yang biasa digunakan untuk membuat plastik, lem dan pembersih.
Sebagian besar dari jumlah 6.244 bayi tersebut saat ini telah sembuh. Namun sebanyak 1.327 masih dirawat di rumah sakit. Bahkan 158 bayi di antaranya mengalami gagal ginjal akut.
Menurut otoritas China, melamine ditambahkan ke susu bubuk untuk membuat produk itu terlihat memiliki lebih banyak kandungan protein.
Selain Mengniu, Sanlu Group, Yashili dan Suncara turut mengumumkan menarik balik produk masing-masing.
Menurut Mengniu, langkah menarik balik produk itu membabitkan tiga susu formula yang dihasilkan pada Januari lalu tetapi tidak pula menjelaskan jumlah produk terlibat.
Syarikat juga tidak menyatakan sama ada susu itu turut dieksport.
Menurut laporan tahunan syarikat, Mengniu yang berpusat di Honot, utara China, menghasilkan 4.8 juta tan produk susu pada 2007.

ImportantPada tahun lalu, syarikat turut mengeksport produk keluarannya ke Hong Kong, Macau, Singapura, Filipina, Namibia, Angola, Oman dan Malaysia."

Malaysia ader dalam list pulak, aperpun susu cap gantung jugak baik. Tapi kalau dah besar nak bergantung jer susah jugak. Teringat pulak mydaughter Aqilah stop menyusu badan masa umur dier lebih kurang 1 tahun 4 thn. Itu pun sebab I must fly to Ireland 3 week kerjer punyer pasal. Balik jer Malaysia terus dier tak nak minum dah. Jenuh pujuk still tak nak. Mama sorry OK.

Additional link for reading
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm
http://www.detiknews.com/read/2008/09/17/140518/1007834/10/2-perusahaan-china-ekspor-susu-formula-tercemar-melamine!

Wednesday, September 17, 2008

Lagu Rayer (@17 Ramadhan)

Lagu rayer dah start disiarkan di Radio. So I change myhp ring tone lagu rayer-Sesuci lebaran.

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri
Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalanBerdoalah insan
Di pagi rayaMoga-moga terampun dosa
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira
Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

Semalam balik kerjer terus gie Cheras ambik road tax. Traffic biasalah, keter bersusun. Jadi tak sempatlah nak masak untuk berbuka. Sampai umah jer dah pukol 7.00pm. Aper lagi singgah lah pasar ramadhan. Tak der yang best sangat sebab semer yang best dah licin. Tapi tahun nie puasa, tak puas hati sangat pasal kuih(mungkin aku jer kot). Semer kuih yang aku beli tak sedap. Nak buat sendiri boleh tapi yang makan nyer aku sorang jer. Membazir pulak rasernyer. Aqilah biasalah kalau nasi and lauk beli nie dier tak nak makan. Sian dier. Around kol 10.00pm aku masaklah nasi, tomyam campur and goreng ikan. 15-20 minit lauk semer dah siap tinggal nasi jer belum.Hmm baru Aqilah nak makan. Alhamdunillah.

One project was being assigned to me Data Archiving Migration UNIX to Windows.
Hey Basis in the world, any comment on how to change file destination in SAP?

Tuesday, September 16, 2008

Opis ...Mengantuk nyer (@16 Ramadhan)

Ya Allah, kenapalah ari nie mengantuk sangat. Dah lah ari nie banyak issue system down and backup plak tak jalan. Check trace log, pening kepala di buat nyer. Serabut kepala otak. Mungkin oksigen tak cukup kot? Mengarut betul aku nie. Cool Jens......tarik nafas dalam2. No matter how you need to fix and find out the root cause. Good luck to my self.

Monday, September 15, 2008

Nostalgia Ramadhan 2008

Harinie cukup 15 hari umat islam berpuasa....alhamdunillah. What we do and what happen during 15th days of Ramadhan and one days before Ramadhan
Sehari Sebelum Ramadhan
Boring tak tau nak pergi mana kat Cameron. So gie bawak Aqilah jenjalan
Gambar nie ambik kat Mardi
Samalah lah jugak abik kat Mardi, lepas melawat kak long(Rubaizah)

Aqilah tumbok cili
Aqilah kesejukan

Hari pertama puasa sambut kat Cameron Highlands.

Hari kedua puasa sempatlah bersahur kat Cameron, then nak balik Kl pagi nyer sebab kerjer kol 3.00pm. Bertolak dari Cameron kol 11.00am sampai KL 2.30PM. Disebabkan penat duduk, so call my boss “Just want to inform you that I work from home today”.Sambil buat kerjer sambil masak, kemas umah, basuh baju (kat Cameron hujan, kalau basuh pun tak kering) dan sempatlah terlelap 20 minute nak hilangkan penat. Bukak jer email ha ambik ko 2,000 inbox. Mak ai, macam nie satu ari kerjer baca and reply mail jer lah. Baru cuti ari isnin jer email dah banyak kalau cuti seminggu camna lah agak nyer. Yang tak best nyer team buat silap aku kena menjawap. Lepas buka, tiba2 telefon bebunyi (Ring tone: Alicia keys No one)

Aku: Hello, ha Ina
Ina: Akak, ader tak sesiapa telefon, su ker, abg Zaha ker?
Aku: Tak der
Ina : Nie nak kasi tau nie Atuk Kelantan meninggal masa nak berbuka tadi.
Aku: Innalillahiwainailaihirogiun (al-fatihah), habis camana mak dah tahu ker blum? Ko balik tak? Aku baru jer sampai kl petang tadi.
Ina: Abah ngan mak tak dpat tipon, tak ader org angkat
Aku: Terawih lah tur
Ina: Camana nak kasi tau abah kak? Dier kan ader lemah jantung. Kang lain lak jadinyer.
Aku: Hmmm, mintak tolong cik No sampaikan kalau aper2 jadi at least dier tau aper nak buat.
Aku: Abg Zahaa balik tak?
Ina: tak kot, jauh lah Sabah tur. Aku nak drive naik Cameron aku takut malam2 nie.
Aku; Ko siap , nanti abg Yan balik sembahyang aku ambik ko kat umah (bidor).

Memang memenatkan, we all sampai Cameron pukul 3.00 pagi. Rehat jap, then pukul 4.00pagi bertolak ke Jeli.

Hari Ketiga Ramadhan, Sampai jer kat Jeli pukol 8.00pagi. penat nyer Tuhan jer yang tahu. Alhamdunillah semuanyer selesai sebelum Zohor. Jam 2.30pm we all bertolak balik ker Cameron.

Hari Keempat Ramadhan, rehat sehari kat Cameron setelah penat duduk dalam keter. Malam pergi keluar makan tosei kat restoran Kumar(Tak sedap pun, masam sangat)

Hari Kelima Ramadhan we all back to KL. Biasalah lah, sampai umah kol 3.00pm then terus kerjer (Work from home again). Wa nie lagi dasyat inbox 3,000 ribu. Dahlah pening kepala tetiba ader pulak issue development system down. Masa nak bukak puasa pulak tur. Sabar jerlah.

Hari KetujuhRamadhan Pasang lampu raya keliling umah. Lampu beli kat Giant kinrara.

Hari Ke-10 Ramadhan- Happy birthday my hubby.

Hari ke-13 Ramadhan- Road tax and insurans keter mampus, melayang dekat 2 ribu (pokai rayer tahun nie). Sebelum road tax mati tengah malam nie, aperlagi roda lah.Dari Puchong ker Kota Damansara semata nak beli mercun. Akhirnnyer jumpa jugak. Dimana biarlah rahsia....(nanti sian pulak mamat tur kena tangkap polis)

Hari ke -15 Ramadhan - Work from Home again and nak pergi pasar borong jap lagi sebab beras dah nak abih(eheheheh),

Friday, September 12, 2008

30 August 2008...Sambut Merdeka@Cameron

@ Cameron - tengahari gie gunting rambut aqilah. Potong rambut kedai lain aqilah tak nak. Terpaksalah potong rambut setiap kali balik kampung


Sebelum potong rambut

After potong rambut balik umah. Kat Cameron tak der aper nak buat, shopping kompleks haram tak der, panggung wayang lagi ler yang banyak kedai mamak jer.


Nie permandangan dari rumah my mom. Rumah kami tinggi atas puncak. Sesuailah dgn namanyer Puncak Arabella.
Malam- we all pergi Brinchang, nak sambut Merdeka. Sampai dalam kol 10.00pm kira awal jugak tur. Aper lagi, sejuk2 nie makan ler sedap. Pakcik man sate daging 10 Ayam 40. Tengoklah abih semer licin
Saper yang aku jumpa, Eh Bariah. Aderlah dalam 5thn ++ aku tak jumpa.Nie member baik aku masa sek menengah. Sure korang tak lupa "Princess of bell Air"
Aqilah boring, aper lagi makan lah setelah penat meronda. Tengoklah tur orang lain semua pakai baju sejuk. Aqilah slamba jer.

Aqilah , papa and payung strawberry
Aqilah, mama and payung strawberry

Merdeka
Aqilah tak nampak lah pa orang nyanyi kat depan

@1.00am, baru balik umah lepas tengok bunga api. Walaupun tak sehebat kat dataran, klcc or putrajaya tapi kire oklah jugak. janji ader bunga api.

29 August 2008- Balik Cameron

Dah lama dah tak balik Cameron, adalah dalam 3 bulan. Rindu sangat aqilah pada opah and atok. Bangun tidor jer terus ajak naik keter balik cameron. Sabor jerlah

On the way balik singgah umah adik Ina kat Bidor. Sajer jer jenguk sebab dah lama tak jumpa, sempat juga aqilah melepas (opps..itupun nak citer). Tur tak per lagi, nie siap soh mama tangkapkan gambar dier dalam bilik maksu Ina. Tengoklah aksi aqilah tangkap gambar macam nak ber taici (betul ker grammar nie..hehehe)

Tahun nie mak su buat business kuih rayer, aper lagi tahun nie punyer kuih raya dah siap. Sebelum naik Cameron, singgah makan kat bidor dulu.

Aqilah dgn air "pink"

Aqilah and Mak su Ina

Aqilah and Mama